Sofi Jikan Arah Filem Gangsterock

sofi-jikan

Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan bakat pelakon Sofi Jikan yang dipilih sebagai pengarah bagi filem Gangsterock.

Ianya diakui sendiri oleh Penerbit Eksekutif filem Gangsterock, Serina Redzuwan.

Namun, bagi Sofi ianya bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dan meyakinkan penerbit bagi mengambil naskhah tulisannya menjadi filem.

Saya sudah buat persiapan yang cukup rapi dan teliti sebelum dibentangkan di hadapan Sherina dan Yusof Kelana.

Saya tahu ramai yang tidak yakin, malah ramai yang menganggap saya hanya berangan sahaja, namun ia tidak mematahkan semangat saya.

Saya tidak kisah apa orang kata tentang saya, jika ikut apa orang cakap kita tidak boleh pergi jauh.

Saya ambil peluang yang diberikan ini sebaik mungkin dan tidak akan menghampakan mereka.

Filem Gangsterock yang dijangka menelan belanja RM 1.5 juta ini bakal menjalani penggambaran bermula 11 Januari depan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara barisan pelakon yang bakal menerajui filem ini ialah Saiful Apek, Izzara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha, Syafie Naswip dan Harun Salim Bachik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments