Syamsul Bakal Berkahwin Dengan Puteri Sarah

syamsul bakal nikah puteri sarah

Tahniah buat pengarah filem, Syamsul Yusof yang bakal bernikah dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada bulan depan.

Berita ini disahkan ibunya, Datin Patimah Ismail. Menurut ibunya, majlis pernikahan bulan depan itu merupakan permintaan Syamsul sendiri.

Majlis merisik yang diadakan secara ringkas baru-baru ini dan sebentuk cincin disarungkan ke jari Sarah namun tiada majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu terus bernikah dengan Sarah.

Kata ibunya, Syamsul menyampaikan hasrat berkahwin selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu. Mereka akan disatukan pada Februari nanti namun masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu.

Ujar Syamsul pula, sepanjang berdoa di Makkah, dia hanya nampak Sarah sebagai calon isteri dan membuatkannya lebih yakin untuk mengahwini wanita itu.

Pihak mereka juga merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, Syafiq Yusof yang turut berkahwin pada Jun depan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments