Teater Tanya Sama Hati Papar Karya Agung P Ramlee

 

tanya-sama-hati---allahyarham-tan-sri-p-ramlee

Sebuah teater Allahyarham Tan Sri P Ramlee,menerusi Projek My P Ramlee iaitu muzikal Tanya Sama Hati bakal diadakan pada 21 hingga 23 Februari ini, jam 8.30 malam di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Teater ini dibarisi pelakon Shila Mambo, Datuk Tamimi Sireger, Danish Zakwan, Shahira Amira, Isma AF7, Tan Yoon Lyn, Razib Din dan kumpulan Sayang Dancer serta graduan fakulti teater Aswara.

Projek My P Ramlee ini merupakan satu usaha Fusion Bangsa Play Group dan Triple Eight Production dan Persatuan Alumni Aswara dalam mengembangkan karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Tanya Sama Hati  mengabungkan karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diambil daripada beberapa buah babak filem lakonannya.

Menurut Manja Liza Abd Rahman, yang juga penulis skrip Projek My P Ramlee, idea timbul apabila dia sering bekerjasama dengan produksi luar yang menggunakan persembahan broadway.

Bagi Farah Datuk Seri Sulaiman, selaku pengarah tari, memberitahu teater ini menggabungkan pelbagai bangsa serta satu semangat kesatuan yang membuktikan bahawa Allahyarham Tan Sri P Ramlee merupakan satu ikon penyatuan bangsa.

Tanya Sama Hati berkisarkan tentang sepasang suami isteri menerima kehadiran cucu angkat mereka ketika musim cuti sekolah. Kisah terjadi apabila Pak Li ( atuk ) dan Mak Midah ( nenek ) menceritakan kisah-kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada cucu mereka yang hidup dalam keadaan serba moden dan tidak mengenali siapa P Ramlee dan karyanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments