Ustaz Don Bergelar Bapa

 

ustaz don dan husna - lahir anak sulung

Tahniah buat pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid, 30 dan isteri Husna  atas kelahiran bayi sulung mereka pada pukul 10.25 malam, sabtu lalu.

Namun, Ustaz Don masih lagi merahsiakan tentang jantina anaknya itu.

Ustaz Don berkongsi berita ini kepada peminat melalui laman sosial facebook miliknya.

“Assalamualaikum semua…Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan pada pukul 4.25 petang sini (Mesir), 10.25 malam, di Malaysia.

Ustaz Don kini masih di Mesir menemani isterinya yang sedang belajar.

Bayi itu dilahirkan  sihat dengan berat 3.5 kilogram.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012, di kampung Husna di Pulau Pinang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments