Wawa Zainal Bakal Kembali Aktif Berlakon

 

wawa zainal dan aeril kembali berlakon

Aeril Zafrel memberitahu, bahawa Wawa Zainal akan kembali aktif berlakon selepas sekian lama berehat daripada aktiviti seni.

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, suami kepada wawa memberitahu yang wawa sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon namun semua projek adalah dibawah pengurusan artis milik Aeril sendiri.

Wawa sebelum ini banyak menumpukan kepada rumahtangga dan juga anaknya,  Ahmad Fakharuddin Attar, 4 bulan.

Ujar Aeril, dia juga sedang sibuk dengan penggambaraan filem selain dua pengambaraan drama bersiri yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Disember lalu Aeiril dan wawa bersama anaknya telah bercuti ke Eropah termasuk London. Pemergian mereka ke sana juga disebabkan atas urusan kerja dan mahu mengenali budaya kehidupan masyarakat di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments