Yuna Tersenarai 20 Artis Berpotensi Di Amerika Syarikat

yuna-artis-berpotensi-amerika-syarikat

Penyanyi Yuna yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang, tersenarai sebagai 20 artis baru yang akan diberi perhatian sepanjang 2014 oleh laman The Huffington Post di Amerika Syarikat.

Laman The Huffington Post menyifatkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 28  berjaya membuktikan dia mampu menempatkan namanya dalam industri muzik di Amerika.

Yuna satu-satunya artis Asia yang berpotensi mencipta nama bersama 19 lagi artis lain.

Laman itu turut memberitahu adunan muzik tradisional dan diadun dengan elemen pop menepati selera pendengar.

Dalam laman sosial facebook miliknya, Yuna turut berkongsi rasa gembira kerana terpilih antara 20 artis dalam senarai tersebut.

Antara artis lain yang tersenarai seperti  Banks, Knytro, Sam Smith, Bad Rabbits, Balance and Composure dan Wake Owl.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments