Yusof Haslam Terasa Dengan Yus Jambu?

Datuk Yusof Haslam

Tindakan Yus (Jambu) yang sering ‘membahan’ Datuk Yusof Haslam sewaktu menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2013 membuatkan ramai penonton tertanya-tanya adakah beliau terasa hati dengan tindakan Yus?

Menurut Datuk Yusof,

Beliau langsung tidak tersinggung dengan lawak Yus kerana kita berada dalam program lawak dan sememangnya itu adalah lawak.

Sebenarnya saya dah tahu Yus pasti akan kenakan saya sebab sebelum ini dia pernah kenakan saya dan saya kenakan dia balik.

Kita perlu menjadi seseorang yang matang dan tidak perlu mudah terasa serta melihat situasi dan keadaan ketika itu.

Yusof juga menyifatkan kumpulan Jambu bijak menggunakan kesempatan kerana berjaya menarik hati audiens dan juri.

Mereka merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai keserasian dan lawak mereka pada minggu lalu telah menghidupkan suasana.

Datuk Yusof Haslam merupakan salah seorang juri bagi Maharaja Lawak Mega 2013.

Pada mulanya beliau menolak untuk menjadi juri pada MLM kali ini tetapi  mengubah fikiran untuk menjadi juri. Beliau mengakui dapat menenangkan fikiran selepas seminggu bekerja.

Hye Bro : Tercuit hati dengan lawak Yus Jambu tiap kali dia membahan Datuk Yusof. Sesuatu yang nampak spontan tetapi unik jika dibandingkan dengan pelawak/peserta yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments