Adi Putra Tubuh Agensi Umrah

adi putra urus agensi umrah

Tahniah buat pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33 kerana baru sahaja menubuhkan sebuah agensi yang menguruskan umrah.

Menurut Adi, penubuhan ini berlaku tanpa dirancang. Bagi Adi, ini semua adalah permulaan dalam hidupnya.

Agensi yang diberi nama Hadid Travel & Tours menyediakan pakej umrah merupakan satu langkah baru pada Adi. Katanya, bukan mudah untuk menceburi bidang begini apatah lagi begitu asing dengan dirinya.

Ujar Adi, dengan kewujudan Hadid travel & Tours ini, dia akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk mereka yang memilih agensinya bagi mengerjakan ibadah ke Tanah Suci.

Ujar Adi,  pada 13 Mac ini kumpulan pertama yang diuruskannya akan berlepas ke Tanah Suci. Adi juga akan turut ke sana untuk menguruskan segala urusan sahaja.  Seorang ustaz yang lebih arif akan disediakan bagi membantu mereka di sana nanti.

Adi bagaimananpu n memberitahu, pada mulanya tiada niat untuk meneruskan Hadid Travel & Tours ini tetapi ada sesuatu yang membuatkannya berani menubuhkan Hadid Travel & Tours ini.

Adi juga berharap dengan penubuhan Hadid Travel & Tours ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Bercakap mengenai karier lakonan, Adi menjelaskan dia tidak akan meninggalkan kariernya itu malah semuanya masih sama.

Adi juga akan menguruskan sebuah perniagaan logistik dan pemjadi pemborong untuk barangan bilik air buatan China.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments