Ajai Dan Chef Kamarul Hos Program Jemput Masuk Cef


jemput masuk chef - ajai & chef

Sebuah program santai “ Jemput Masuk Cef “ bakal menampilkan Ajai dan Cef Kamarul sebagai hos bagi rancangan itu.

Program ini berbeza dari yang lain dan pastinya mampu menarik minat penonton.

Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Coca Cola bagi menjayakan program ini.

Program ini akan menjemput beberapa selebriti popular menerusi drama-drama di TV3, selain turut menampilkan pasangan suami isteri yang berbeza setiap episod.

Program ini akan mempamerkan tip memasak, berita hiburan dan hidangan yang lazat bersama selebriti.

Bagi Cef Kamarul pula, dia memilih masakan Melayu tradisional untuk dipersembahkan dalam program ini memandangkan konsep program ini mengeratkan silaturahim dan dalam masa yang sama mahu memperkenalkan budaya di negara ini.

Program ini juga menampilkan pasangan selebriti seperti Mawi dan Ikin, Datuk Fazley dan Datin Azrin, Fasha Sandha dan Jejai, Keith Foo dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Intan Ladyana dan Shah Iskandar, Liyana Jasmay dan Fathuddin dan beberapa lagi.

Program ini akan bersiaran pada jam 6.30 petang  esok pada hari Rabu dan Khamis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments