Apokalips X Temui Penonton 3 April Ini

Apokalips X

Filem terbaru Mamat Khalid bertajuk Apokalips X bakal menemui penonton pada 3 April ini di pawagam.

Filem ini mengisahkan tentang Perang Kimia yang telah memusnahkan dunia dan hanya tinggal sekumpulan anak muda sahaja yang masih hidup untuk meneruskan perjuangan.

Tiga pahlawan utama yang ada ialah X ( Farid Kamil), Kala Jengking ( Jehan Miskin ), dan Sri Gala ( Peter Davis ). Mereka mempunyai pengikut sendiri yang begitu taat kepada mereka.

Mereka terpaksa berjuang dalam usaha menegakkan keamanan melalui perjanjian damai walaupun wujud rasa benci dan dendam antara mereka. X nekad untuk tidak berperang lagi sampai bila-bila.

Namun, perjanjian damai yang telah berjaya menghentikan perang kimia ketika dulu menjadi semakin terhapus apabila pengikut utama X,  Aman Chai ( Adam AF) jatuh cinta dengan anak kesayangan Sri Gala, QiQi ( Miera Liyana ). Berlaku pergelutan akibat daripada hubungan cinta itu dan juga hasutan dari Kala telah menyebabkan QiQi cedera parah. Akibat dari itu, Sri Gala nekad mahu keluar daripada perjanjian damai yang telah dibuat bertahun lalu.

Kala kemudian mengambil kesempatan dengan merancang menjatuhkan kedua belah pihak apabila melihat berlaku ketegangan antara X dan Sri Gala. Kala berjaya menambah bilangan pengikutnya dan telah bersedia untuk melakukan serangan.

Apakah yang akan berlaku seterusnya. Apakah X akan berpegang teguh pada janjinya untuk tidak berperang lagi? Bagaimana kah pula hubungan Aman Chai dan QiQi. Dapatkah mereka bertahan dan meneruskan hidup? Bagaimana pula dengan Kala, adakah dia berjaya menguasai semua kawasan?

Filem ini membariskan pelakon seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Sarimah Ibrahim, Adam, Iqram Dinzly, Dazrin, Peter Davis dan ramai lagi.

Bagi anda, jangan lupa untuk menonton filem menarik ini dipawagam berdekatan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments