Autumn Dihatiku Musim Ke 2

Kim Jin Sung - autumn dihatiku musim ke 2

Autumn Dihatiku kembali lagi dengan musim ke -2 setelah musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dan hampir mencecah 1 juta.

Autumn Dihatiku 2 akan mula bersiaran pada 27 Februari, Isnin hingga Jumaat jam 12 tengahari dan masih mengekalkan pelakon utama dalam drama ini.

Ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital kejayaan musim pertama membuatkan mereka teruja menghasilkan siri musim ke 2. Drama ini boleh ditonton di www.tonton.com.my

Buat penonton, anda juga akan diberikan kejutan kerana Tonton akan menawarkan 60 jemputan eksklusif ke final screening bersama pelakon di TGV 1 Utama dan sesi Meet & Greet pada 22 Mac ini.

Dalam musim ke 2 ini, selain Kim Jin Sung, turut diperkenalkan seorang gadis Korea iaitu Youmie Robert, 15 yang merupakan gadis kacukan Korea dan Perancis.

Youmie memegang watak sebagai Summer. Tunang kepada Autumn. Merupakan pemilik bakeri dan musuh kepada Nina.

Autumn Dihatiku 2 mengisahkan Nina yang solo dan kembali menguruskan perniagaan bakerinya. Nina berdepan dengan persaingnya iaitu sebuah kedai bakeri milik Summer yang baru dibuka.

Nina Jaja dan Ramon mula merancang strategi untuk mengatasi pesaing mereka.Nina juga memendam rindu terhadap Autumn dan Zidick . Nina juga berusaha merebut perhatian Autumn.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments