Blues Buat Teman Di Perak Bersama Ramli Sarip

Blues Buat Teman - konsert ramli sarip

 

Satu siri jelajah “ Blues Buat Teman “ bakal menemui orang ramai di Perak pada 22 Mac ini yang menampilkan penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Ramli Sarip.

Konsert ini yang telah bermula bulan lepas akan berlangsung selama lebih kurang tiga jam. Malah turut akan membuat persembahan dengan sebuah band tempatan yang berpegalaman lebih 35 tahun dalam bidang muzik iaitu The Soul Journey.

Ujar Datuk Ramli Sarip, melalui siri jelajah ini beliau ingin mencungkil bakat anak tempatan melalui bengkel muzik yang dikendalikan Man Kidal.

Konsert ini juga diadakan dengan kerjasama sebuah pertubuhan milik kerajaan negeri Perak iaitu People of Respected Talent (PORT) yang ditubuhkan pada 2011.

Selain itu, konsert ini juga akan turut menampilkan artis tempatan seperti  Mus May, Kidal,dan  Tom Anuar Roza Rasul.

Bengkel muzik itu nanti akan berlangsung di Kinta Riverfront Hotel dan hanya terhad untuk 50 peserta sahaja.Tiket untuk menyaksikan konsert ini berharga RM53 dan boleh dibeli di PORT dan cawangan di seluruh negeri Perak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments