Datuk A.Rahman Hassan Pengsan

datuk a.rahman hassan

Datuk A.Rahman Hassan, penyanyi yang popular sekitar era 60-an dilaporkan pengsan ketika menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan Datuk A.Rahman Hassan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL )

Menurut Siti Jasmina Ibrahim, menantu kepada Datuk A.Rahman Hassan, bapa mertuanya akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca kejadian. Siti Jasmina merupakan isteri kepada Khir Rahman.

Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang, ketika Datuk A.Rahman sedang duduk dikerusi sebelum sempat disambut oleh tetamu yang duduk disebelahnya.

Datuk A.Rahman segera dikejarkan ke hospital sebaik ambulan tiba kira-kira 15 minit di tempat kejadian.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments