Datuk Shake Kembali Menetap Di Perancis

datuk shake bakal menetap di perancis

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Datuk Shake, yang popular sekitar tahun 1980 an. Datuk Shake kini membuat keputusan akan kembali semula menetap di Perancis setelah hampir dua tahun tinggal di Malaysia.

Datuk Shake mengambil keputusan ini selepas  mendapat banyak permintaan untuk kembali aktif dengan kerjaya seninya di sana.

Bagi Datuk Shake, keputusan ini juga bagi memberi peluang kepada anak-anaknya untuk mengenali negara asal kelahiran mereka. Datuk Shake sebelum ini pernah menetap selama 22tahun di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Datuk Shake juga akan mengadakan satu konsert amal di Stadium Petra Jaya, Sarawak pada 10 Mei nanti bersempena dengan Hari Ibu.

Ujar Datuk Shake,  selepas mengikuti rombangan bantuan mangsa banjir di Kuantan tahun lalu, dia terdetik untuk mengadakan konsert itu. Melihat akan golongan yang tidak bernasib baik tetapi mereka masih mampu tersenyum walau dilanda musibah membuatkannya tersentuh hati.

Konsert itu akan diadakan di Sarawak kerana banyak memori dan kenangan manis dengan masyarakat di sana.

Konsert ini juga turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bakal menyaksikan hampir 30 buah lagu dipersembahkan. Harga tiket bermula dari RM70 hingga RM500.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments