Datuk Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Cakra Khan

sitinurhaliza bakal duet dengan cakra

Penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal berduet dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Cakra Khan.

Duet lagu itu nanti akan dimuatkan ke dalam album penyanyi solo itu. Bagaimanapun proses rakaman lagu masih belum dijalankan berikutan masih lagi mencari lagu yang sesuai.

Ujar Siti, ia merupakan penghargan buat dirinya apabila pihak pengurusan Cakra meminta untuk berduet dengannya.

Sebelum ini Siti juga pernah berduet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik tahun lalu.

Siti akan ke Indonesia untuk membuat rakaman di sana selepas mendapat lagu yang bersesuaian nanti.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments