Dendam 5 Beradik Lakonan Sharizal Jaszle Dan Shukri Yahya

SHAHRIZAL Jaszle dan Shukri Yahya

 

Sebuah drama arahan Along Kamaludin, Dendam 5 Beradik akan menemui penonton pada 1 Mac ini di saluran Astro Box Office Movies ( saluran 953).

Bakal menampilkan pelakon Sharizal Jaszle, Shukri Yahya, Ana Dahlia, Datuk Eizan Yusuf dan Syarifah Sakinah.

Shahrizal Jasle memegang watak utama sebagai Haniff. Manakala Shukri memegang watak sebagai Mikail.

Shahrizal memberitahu dia menerima tawaran untuk berlakon drama ini kerana jalan cerita yang menarik yang belum pernah dilakukannya.

Perkembangan terkini Shahrizal, memberitahu adik lelakinya kini telah menjadi pengurus peribadinya. Bagi Shahrizal, dia sudah hilang kepercayaan pada orang luar sejak apa yang telah berlaku kepadanya sebelum ini. Malah ibunya juga sering menemaninya kemana-mana.

Bagi Shukri pula, dia mengakui watak dalam drama ini perlu banyak melakukan aksi dan begitu mencabar.

Biarpun Shukri telah berapa dalam industri lakonan selama tiga tahum, namun namanya masih belum dikenali. Baginya bukan populariti yang menjadi keutamaan malah Shukri memberitahu masih banyak kekurangan untuk dia perbaiki bagi menjadi seorang pelakon yang hebat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments