Episod Akhir ‘Ariana Rose’ Tarik 4.5 Juta Penonton

Screen-Shot-2013-12-31-at-2.48.58-PM

Episod Akhir ‘Ariana Rose’ Tarik 4.5 Juta Penonton | Drama bersiri ‘Ariana Rose’ yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 berjaya mencipta fenomena luar biasa apabila episod akhir yang disiarkan pada 13 Februari lalu mencecah 4.5 juta penonton menurut Nielsen Audience Measurement.

Tidak cukup di kaca TV, ‘Ariana Rose’ juga mendapat sambutan hangat di laman sosial Twitter setiap kali bersiaran apabila berjaya menduduki tempat pertama ‘trending topic’ di Malaysia dengan kata kunci #ArianaRose. Di portal Tonton pula, lebih daripada 4 juta tontonan dicatatkan sepanjang drama ini disiarkan.

“Slot Akasia bukan sahaja popular malah slot drama ini juga merupakan sebuah jenama yang kukuh dalam kalangan penonton setia TV3. Sekali lagi, ‘Ariana Rose’ terbukti sebagai drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang tinggi dan juga ‘trending’ di laman sosial setiap kali bersiaran,” ujar Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan drama Ariana Rose dan semoga drama tersebut banyak memberi pengajaran buat kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments