Filem RoboCop Kembali Selepas 10 Tahun

robocop 2014

Tentu ramai orang masih ingat sekitar tahun 80an dan 90an, cerita yang cukup popular iaitu RoboCop yang pernah ditayang di layar perak, malah turut diadaptasi dalam rancangan animasi dan menjadi hero remaja dan kanak-kanak masa itu.

RoboCop ketika itu mengisahkan seorang pegawai polis yang mengalami kemalangan teruk apabila badannya hampir musnah akibat daripada keretanya meletup ketika terbakar. Kebetulan ada sebuah syarikat gergasi sedang mencari penyelesaian terbaik bagi sebuah teknologi ciptaan baru mereka. Dan apabila mereka melihat Alex Murphy, mereka mula mengambil kesempatan.

Bermulalah Alex Murphy menjadi robot yang turut berkhidmat membanteras kejahatan dan Alex mula mencari punca bagaimana dia terlibat dalam rancangan itu.

Kini RoboCop kembali menerusi filem “ remake “ selepas 10 tahun. Aktor Joel Kinnaman, kelahiran Sweden-Amerika diberi peluang membawa watak utama sebagai Alex J Murphy.

Pelakon lain yang turut membarisi filem ini seperti Gary Oldman, Samuel L. Jackson, Abbie Cornish, Michael Keaton­­­.

RoboCop kali ini membawa elemen sut robot yang lebih canggih malah sesuai mengikut peredaran zaman.

Filem ini mengisahkan seorang anggota polis yang jujur , suami dan bapa yang penyayang. Alex J Murphy bagaimanapun terpaksa akur untuk hidup sebagai separa robot dan berpisah buat sementara dengan keluarganya demi kehidupan selepas Alex terlibat dengan insiden cubaan membunuh dirinya sendiri. Disinilah bermulanya kisah apabila dia yang koma tiga bulan terpaksa menerima hakikat hidup dalam tubuh robot.

Bagi anda peminat setia filem begini, jangan lupa tonton di pawagam berdekatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments