Filem Tanda Putera Bakal Ditayang Di Berlin

 

filem tanda putera

Filem keluaran Pesona Pictures “ TANDA PUTERA “ adalah antara filem cekera yang bakal berada di pasaran Filem Eropah, Berlin pada minggu hadapan.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) Datuk Mohd Mahyidin Mustakim, antara filem lain adalah ‘Laga’ keluaran Business Leader Film Production, ‘The Great Lion Kun Seng Keng’ (Asia Tropical Film) dan ‘Amir dan Loqman Pergi ke Laut’ (Astro Shaw).

Katanya, filem ini akan bermula dari 7 hingga 9 Februari di beberapa pawagam di Potsdamer Platz, Berlin. Filem cereka ini adalah luar biasa dan dibuat penuh teliti.

Ujar Mahyidini, penyertaan filem kali ini merupakan yang tertinggi sejak penubuhan CCAM pada 2012. Malah beliau juga berharap akan lebih banyak lagi filem tempatan yang akan diketengahkan pada masa akan datang.

Ujarnya lagi “Ini adalah satu usaha yang berdaya maju serta menguntungkan pengeluar filem,”

CCAM merupakan sebuah projek permulaan ( EPP)  MyCreative Content di bawah Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) bagi sektor Komunikasi, Kandungan dan Insfrastruktur ( CCI ) adalah sebuah persatuan yang mewakili pemain industry kreatif tempatan – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments