Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Bakal Nikah Mei Ini

 

fizz fairuz bakal nikah dengan almy nadia

Akhirnya pelakon Fizz Fairuz telah mengesahkan akan mendirikan rumahtangga dengan cinta hatinya pelakon Almy Nadia pada 30 Mei ini.

Ujar Fizz, setelah 8 tahun menyemai cinta akhirnya mereka akan melangsungkan perkahwinan tahun ini. Persiapan bagi majlis perkahwinan mereka pula banyak diuruskan oleh Almy.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kampung halaman Almy di Pulai Pinang manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pulau Pinang dan Raub.

Katanya juga, majlis resepsi khas turut diadakan di Kuala Lumpur buat semua peminat.

Tahniah diucapkan buat Fizz dan Almy Nadia. Semoga majlis itu nanti berjalan dengan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments