Kekasih Hafiz Suip Pelajar Universiti

 

kekasih hafiz suip pelajar universiti

Penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano, Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24  mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu.

Hafiz bagaimanapun merahsiakan siapa wanita itu bagi menjaga privasi kerana wanita itu merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan.

Hafiz turut memberitahu masih terlalu awal untuknya bercakap mengenai hubungan mereka. Lagi pun kata Hafiz dia tidak mahu menganggu tumpuan wanita itu terhadap pelajarannya.

Insyaallah jika ada jodoh Hafiz bersedia untuk berumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun.

Perkembangan terkini, Hafiz akan bersama 50 peminatnya akan meraikan satu majlis santai sempena sambutan hari kelahirannya pada 2 Mac nanti.

Majlis itu akan diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam.Turut hadir kedua ibubapanya Mohd Suip dan Halizawati Salleh.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments