Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam

Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam2

Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam | Semalam merupakan episod terakhir drama yang menjadi tontonan berjuta penonton, drama Ariana Rose, Keith Foo menjadi perhatian ramai menerusi drama ini bersama heroinnya Fathiya.

Keith Foo akui bahawa ia bukannya hanya sekadar berlakon tetapi sebaliknya Keith Foo belajar secara tak langsung mengenai islam. Keith Foo berkata :

Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.

Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham. Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam

Drama yang diadaptasi daripada novel sememangnya menjadi treding pengarah jadikan sebagai drama. Drama Ariana Rose juga merupakan drama yang sangat menyetuh hati penonton dan menjadi fenomena.

Tahniah kepada Keith Foo kerana berjaya membawa watak Tengku Adam Kamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments