Kerana Bedah Hidung Bawa Rezeki Buat Ajai

komposer ajai - bedah hidung

Satu pembedahan telah dijalankan pada bahagian hidung komposer terkenal Ajai kerana penyakit resdung yang dialami beberapa tahun lalu. Pembedahan ini telah membawa beberapa perubahan dalam kerjaya seninya.

Pembedahan yang djalankan di hospital swasta tiga bulan lalu kini menampilkan bentuk hidung ajai lebih mancung.

Menurut Ajai pembedahan itu sedikit mengubah diri dan kerjaya malah bukan sahaja semakin sihat tetapi turut berasa lebih yakin dan kerjaya dalam bidang seni turut semakin berkembang.

Ujar Ajai, dia turut merasai kesakitan sehingga ke gegendang telinga kiri ekoran dari masalah resdung ini. Akibatnya telinganya hampir pekak sebelah.

Keadaan itu sedikit menjejaskan kerjayanya sebagai komposer, pemuzik dan penyanyi. Dan sebab itulah Ajai melakukan pembedahan ini.

Ujar Ajai lagi, kos pembedahan itu mencecah RM 28,000 dan hampir enam jam Ajai menjalani pembedahan tersebut.

Ajai juga kini turut mengambil berat tentang kesihatan dan setiap kali pergi ke gimnasium Ajai menghabiskan selama dua jam disana. Ajai juga mengurangkan pengambilan nasi dan mengambil diet makanan yang tidak mengemukkan.

Kesan daripada itu, Ajai memberitahu badannya tidak lagi lesu malah tubuh kelihatan lebih mantap berbanding dulu.

Perkembangan terkini, Ajai tampil dengan album single terbaru berjudul Aduh yang telah pun berada di pasaran dan radio tempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments