Kisah Pontianak Dalam Vampire Academy

Danila Kozlovsky as Dimitri Belikov - vampire academy

Menjadi fenomena sekarang ini apabila banyak penerbit menghasilkan filem yang diadaptasi dari novel. Terkini sebuah filem baru Vampire Academy bakal muncul yang  berkisarkan dunia Pontianak.

Filem ini mengisahkan Rose Hathaway seorang  “Dhampir” yang menjadi separuh manusia, separuh Pontianak. Dia dilatih bagi menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir.

Dalam dunia mereka, terdapat Pontianak yang baik dan jahat. Moroi Pontianak yang hanya mengambil darah daripada penderma. Mempunyai keupayaan mengawal satu daripada elemen air, api, bumi dan udara.

Strigoi pula merupakan Pontianak yang membunuh dan menghisap darah manusia. Rose dan penjaga Dhamir ditugaskan melindungi Moroi dan membunuh Strigoi.

Pelbagai perkara yang terjadi dan bersama Puteri Vasilisa Dragomir, sahabat baiknya, Rose perlu melarikan diri bagi melindungi sahabatnya dari bahaya.

Turut diselitkan elemen cinta dalam filem ini yang pastinya membuatkan anda teruja untuk menonton.

Filem Vampire Academy ini ditulis oleh Richelle Mead, diarahkan oleh Mark Waters dan dibintangi oleh pelakon seperti  Zoey Deutch (Rosemarie ‘Rose’ Hathaway), Danila Kozlovsky (Dimitri Belikov), , Lucy Fry (Vasilisa ‘Lissa’ Dragomir), dan  Dominic Sherwood (Christian Ozera).

Bagi anda yang meminati filem begini, jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments