Konsert KITA 20 FORTEEN Di KL Live

konsert-kita-20--forteen

Satu konsert KITA 20FORTEEN akan diadakan pada 20 Mac 2014 bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Konsert  ini diadakan bagi meraikan kejayaan FORTEEN dan menghargai para peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya mereka.

Konsert yang dianjurkan KRU Music Sdn.Bhd ini akan bermula pada pukul 5 petang sehingga 7 petang. Sebanyak 15 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh FORTEEN.

FORTEEN terdiri daripada 4 jejaka iaitu Izzue, Ariz, One dan Ameer. FORTEEN mula disatukan pada tahun 2011 menerusi ujibakat yang diadakan oleh KRU Music ketika itu. Kini FORTEEN sudah berjaya menempatkan nama dipersada seni malah jika disebut FORTEEN, pasti ramai yang terbayang akan vokal mereka dengan lagu-lagu yang menjadi hit di radio tempatan.

Kejayaan mereka bermula dengan single pertama berjudul “ Berdua Bersatu “ dan FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan dalam ABPBH 2011. Selepas kejayaan single “ Berdua Bersatu “, FORTEEN muncul dengan single kedua berjudul “ Seperti Dulu “ yang juga merupakan lagi tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios iaitu “ 29 Februari “.

FORTEEN kemudian dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 pada tahun 2012 dan turut tercalon ke peringkat akhir muzik-muzik 27. Kemudian muncul pula single ketiga mereka berjudul “ KITA “ yang turut tercalon dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Bagi anda yang ingin menyaksikan FORTEEN di KL Live, boleh membeli tiket di talian hotline United Studios 03 8320 1888, Redbox Ria 03 2145 7788 atau KL Live 03 2162 2570/71/72 dengan harga tiket RM80 sahaja.

Untuk maklumat lanjut boleh layari sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & https://www.facebook.com/krustudios. Sebarang pertanyaan juga boleh emel ke enquiries@unitedstudios.net.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments