Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun Di Penang

 

terapi diri hafiz hamidun

Telah berlangsungnya satu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang telah diadakan di Spice Arena (PISA ), Pulau Pinang pada 1 Februari lalu.

Konsert Zikir ini begitu mendapat sambutan yang hebat sekali kerana hampir 9 ribu penonton yang menghadiri konsert ini malah merupakan suatu perkara yang baik kerana dilihat lagu zikir begini mula berkembang lagi-lagi dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Konsert Zikir Terapi Diri  ini juga turut menampilkan persembahan Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi, PU Rahmat, Halim Ahmad dan Daqmie.

Ternyata konsert mereka ini berjaya menambat hati penonton. Persembahan live ini berlangsung selama 2 jam. Diketuai oleh Lok U, Pengarah Muzik terkenal dan pemuzik professional seperti Kelly ( Bass), Mohar ( seruling ) dan Aji ( gitar ).

Kepada anda yang terlepas peluang menyaksikan konsert ini, Pihak Arteffects International akan menyiarkan rakaman konsert ini secara eksklusif di Youtube Arteffects International pada Mac nanti.

konsert terapi diri hafiz hamidun

terapi diri - zikir hafiz hamidun

zikir terapi diri hafiz hamidun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments