Lukisan Muka Datuk Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000

 

Siti bersama karya Adrian Torres bernilai RM75,000.

Lukisan  wajah penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dipamerkan sebagai Ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika dan seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara terlibat.

Antara pelikis yang terlibat seperti E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman ,  Nazmi Ismail, Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, dan  Faiz Yunus.

Pameran lukisan wajah Datuk Siti Nurhaliza ini akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

Ujar Ahmad Khairo Othman, selaku niaga Galeri Artelier KL, lukisan termahal yang dipamerkan bernilai RM75,000 merupakan sebuah lukisan  dari Adrian Torres yang berasal dari Sepanyol kerana ia sangat eksklusif dan hanya menghasilkan menggunakan jari  tanpa peralatan lukisan.

Lukisan sari Scott Abbas juga menarik perhatian kerana berbentuk arca yang memaparkan wajah separuh Datuk Siti. Nilai harga bagi lukisan itu pula bernilai RM6,500.

Antara lain yang menarik karya Khairul Arshad (RM5,500), karya Badruddin Shah Abdul Wahab ( RM6,000) dan Firdaus Mahadi (RM5,000)

Hasil 30 peratus lukisan yang terjualmitu nanti akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Datuk Siti dan Suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments