Misha Omar Nikah Mei Ini Tolak Wang dan Barang Berjenama

perkahwinan misha omar dan pasangan -mei

Tahniah buat penyanyi Misha Omar yang mengumumkan akan bernikah dengan pasangannya, Firos Ezzwan Rossly pada bulan mei ini.

Misha bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka itu bagi menghormati permintaan ibunya Zainab Mat Nor yang mahu tarikh perkahwinan mereka didedahkan sewaktu kad undangan diedarkan.

Ujar Misha, ibunya mahu segera dia dan Firos berkahwin. Ibunya juga berpesan bahawa elok bernikah pada bulan Rejab yang juga jatuh pada bulan Mei.

Misha dibantu kakaknya sendiri, Mimie yang menguruskan perkahwinannya serta keluarga.

Ujar Misha, majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama. Mengikut perancangan juga, mereka akan bernikah dan menjalankan majlis di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun Misha memberitahu dia tidak mengimpikan sebuah majlis extravaganza. Dan tidak akan melakukan majlis resepsi di Kuala Lumpur kecuali untuk majlis bertandang di kediaman keluarga lelaki di Subang Jaya, Selangor. Majlis itu juga nanti akan diadakan secara sederhana dan dihadiri keluarga terdekat.

Jelas Misha lagi, cukuplah hadiah dari hati yang menjadi simbolik penyatuan cinta mereka. Dia tidak mahu wang hantaran, tidak mahu wang mas kahwin dan tidak mahu barang berjenama untuk hantaran.

Bagi Misha, dia memikirkan dan menitikberatkan kehidupan selepas kahwin berbanding soal material yang mahu dibanggakan untuk tatapan orang ramai.

Misha juga menjelaskan, kini sudah 50 peratus dalam proses persiapan untuk majlis perkahwinannya itu. Malah dia juga menggunakan khidmat rakan baiknya untuk melangsungkan majlis itu.

Misha dan pasangan bakal mengenakan busana perkahwinan dari pereka busana, Syaiful Bahrim manakala khidmat fotografi dan videografi pula oelh TheJoeZakaria.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments