Najwa Latif Lancar Single Baru Berjudul Hilang

hilang-najwa latif

Sudah lama tidak dengar lagu baru dari Najwa Latif, terkini Najwa muncul dengan single terbaru berjudul “Hilang” yang telah dilancarkan pada 1 Februari lalu.

Single terbaru Najwa kali ini lebih menampakkan banyak perubahan sesuai dengan usia Najwa yang kini berusia 19 tahun.

Lirik lagu Hilang ditulis sendiri oleh kakak Najwa iaitu Ika Latif. Selesa berkerjasama dengan kakaknya itu malah lirik yang dihasilkan juga mudah difahami dan sesuai untuk golongan remaja.

Single terbaru ini menerapkan nilai kemasyarakatan yang penyayang dan prihatin malah turut memberi kesedaran betapa ibubapa harus memberikan perhatian kepada anak-anak.

Dalam video “Hilang” ini juga menampilkan pelakon Ainina Ahmad B dan Mustapha Kamal yang memegang watak sebagai ibu bapa kepada Najwa.

Ujar Najwa, dia berharap single ini dapat diterima oleh peminat.

Beberapa elemen khas digunakan dalam video ini yang menggunakan khidmat Ikhwan Affandi dan diarahkan oleh Khaidir Shahri.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments