Nelydia Senrose Cintai Jason Chong?

Drama Sesuci Cintamu - tv1

Sebuah drama baru bakal mengisi slot Panggung 1 yang akan bersiaran di TV1 bertajuk Sesuci Cintamu yang akan bermula pada 3 Mac depan pada jam 2 petang.

Drama ini dibintangi oleh pelakon Nelydia Senrose dan Mah Kit Wai, Abdul Razak, Mandy Chong, Safura Yaacob, Syawal, Amar Bahrin dan Shakila Oriri.

Drama isi mengisahkan Aisyah, seorang penuntut tahun akhir universiti mempunyai latar belakang keluarga yang prihatin terhadap pengisian Islam menerima jemputan makan daripada Jason Chong, rakan universitinya yang sudah lama meminatinya.

Aisyah menerima jemputan makan itu bersama Chong tanpa pengetahuan ibu  bapanya. Dia ditemani oleh sepupunya yang juga kawan rapat di universitinya.

Pertemuan itu membibitkan perasaan antara satu sama lain. Chong pula begitu kagum dengan peribadi Aisyah berbanding wanita lain yang pernah ditemuinya.

Aisyah dan Chong sering berhubung menerusi internet. Aisyah juga mula tertarik dengan Chong namun cuba menyembunyikan perasaan itu kerana Aisyah tahu, bapanya Haji Shafie tidak akan setuju dengan hubungan mereka.

Haji Shafie sebenarnya ingin menjodohkan Aisyah dengan Azman, anak kepada Haji Misnin saudara jauh mereka.

Haji Shafie kemudian menemui Chong untuk memberitahu perkara itu. Namun Haji Shafie terkedu apabila melihat peribadi Chong yang baik.

Chong akur dengan permintaan Haji Shafie untuk melupakan Aisyah.

Suatu hari Aisyah mengalami kemalangan dan akibat dari itu, sebahagian urat sarafnya terluka di bahagian trakea. Aisyah sudah tidak boleh bersuara lagi. Setelah dua tahun berlalu, keadaan Aisyah masih belum pulih.

Ibu Aisyah memberitahu Chong telah kembali ke tanah air namun Aisyah hanya mampu menangis.

Suatu pagi, Aisyah terkejut apabila Chong muncul di depan pintu bersama ibunya.

Apakah yang akan berlaku? Masihkah ada jodoh buat mereka berdua?

Jangan lupa saksikan drama arahan Harris Fadzilla ini nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments