Nora Danish Nikah di KL, Majlis Resepsi Di Pantai Bali

Nora Danish Nikah di KL, Majlis Resepsi Di Pantai Bali

Nora Danish Nikah di KL, Majlis Resepsi Di Pantai Bali | Pelakon jeita Malaysia, Nora Danish menolak dakwaan akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Nedim Nazri tahun ini.

Malah ada yang mendengar khabar bahawa Nora Danish telah membeli dan menyediakan barang hantaran kahwinnya. Apa komen Nora Danish?

“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.”

“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain.”

“Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya.”

“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

“Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala ‘beach wedding’. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap.”

Yang baik itu pasti dipermudahkan oleh Allah, namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah tentukan. Semoga Nora Danish dan Nedim Nazri akan bersatu di masa akan datang. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments