Pelakon Rabecca Sudah Berhijab Ketika Tunai Umrah

rabecca bertudung

Tahniah diucapkan buat pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang baru sudah berhijab ketika menunaikan umrah bersama suami dan ahli keluarga yang lain di Mekah pada 31 Januari lalu.

Ujar Rabecca, dia cukup selesa apabila mengenakan hijab sehinggalah ketika pulang ke tanah air, Rabecca mekad untuk mengekalkan imej berhijabnya itu.

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah,” mStar Online 

Rabecca juga lebih rasa tenang selepas melakukan perubahan ini dalam kehidupannya. Malah turut bersyukur apabila suaminya turut memberi sokongan dengan perubahan itu

Rabecca turut memuat naik video dia mengaji di Mekah tetapi terdapat beberapa komen negatif dari segelintir pihak dengan menyatakan dia mahu menunjuk-nunjuk.

Namun, ujar Rabecca, tujuan dia memuat naik video itu kerana berasa teruja dapat melakukannya ketika di Mekah di mana tidak semua orang berpeluang melakukan demikian.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments