Penyanyi Alyah Tolak Jemputan Beri Ceramah Agama

Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33 memberitahu bahawa dia terpaksa menolak beberapa jemputan ceramah berkaitan agama selepas dia kembali daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu.

Ujar Alyah, dia tidak bersedia kerana bimbang akan timbul pelbagai perkara negatif yang akan merosakknya diri. Malah Alyah mengakui ilmu agamanya masih cetek dan berasa tidak wajar bercerita hal agama kerana mungkin akan menyebabkan salah faham.

Kata Alyah lagi, ada setengah pihak menjemputnya untuk bercakap tentang perubahan dirinya di pentas politik.

Namun Alyah memberitahu, jika disuruh bercakap mengenai kerjaya dan bagaimana memperbaiki imej, dia boleh tetapi jika sentuh hal politik, Alyah menolak dan bukan caranya.

Perkembangan terkini, Alyah akan muncul dengan single terbaru bertajuk Sesal Separuh Nyawa.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments