Rosyam Nor Kini Penyampai Hot FM

Rosyam Nor Kini Penyampai Hot FM

Rosyam Nor Kini Penyampai Hot FM | Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor kian mengembangkan bakatnya dalam bidang seni apabila kini bergelar penyampai radio untuk stesen radio popular, Hot FM.

Rosyam ditugaskan untuk mengendalikan segmen ‘Doktor R’ yang dijadualkan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi di mana dia akan memberikan penyelesaian terhadap masalah pendengar daripada pelbagai aspek seperti percintaan, kewangan dan lain-lain.

Difahamkan, selain Rosyam, dua pelakon lain iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz turut bergandingan dalam segmen Diva @ AM Krew yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 pagi dan ulangannya pada 9 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments