Single Baru Gandingan Shaheizy Sam Dan Liyana Jasmay

nescafe on sam - bangun

Sempena dengan kempen Nescafe On Sam, Shaheizy Sam dan Liyana Jasmay akan digandingkan buat pertama kali menerusi single terbaru berjudul “ Bangun”.

Ujar Sam, penghasilan single ini bagi menghargai peminatnya yang banyak memberi sokongan dalam karier seninya.

Lebih kurang 50,000 penyertaan dari peminatnya diterima yang telah menghantar lirik untuk menyempurnakan single mereka ini. Dalam banyak-banyak, mereka memilih beberapa lirik yang terbaik untuk dijadikan lagu. Turut menggunakan khidmat Audi Mok bagi menjayakan lagu ini.
Shaheizy Sam - Bangun
Bagi Liyana Jasmay pula, minatnya dalam bidang nyanyian membuatkannya setuju untuk menerima pelawaan bagi menjayakan single ini.

Bercakap mengenai karier lakonan, Sam memberitahu  dia kini lebih selektif menerima tawaran berlakon dan hanya akan menerima tawaran lakonan filem yang berkualiti bagi membantu industri filem.

Ujar Sam, dia kini mahu bertukar ke drama bersiri pula kerana sebelum ini dia banyak memberi fokus kepada lakonan layar perak.
Shaheizy Sam - Bangun
Bagi perkembangan Liyana Jasmay pula, tinggal lebih kurang tiga bulan Liyana bakal bergelar ibu. Akuinya, dia sangat teruja menanti kehadiran cahayamata buat pertama kali.

Sebagai persediaan bergelar ibu, Liyana menberitahu satu majlis doa selamat akan diadakan pada 5 April nanti. Malah pada majlis itu juga nanti Liyana akan mengumumkan jantina anaknya itu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments