Single Baru Siti Dikatakan Tiru Lagu Rihanna

siti nurhaliza - jaga dia untuk ku
single baru siti – Jaga Dia Untuk Ku

Ketika berlangsungnya satu konsert amal Live in KLCC Where The Heart Is pada minggu lalu, Datuk Siti Nurhaliza buat pertama kalinya menyampaikan lagu single terbarunya ciptaan Aubrey Suwito berjudul “ Jaga Dia Untuk Ku “.

Bagaimananpun terdapat sedikit kritikan pada lagu tersebut kerana dikatakan mempunyai rentak yang menyerupai lagu Rihanna, berjudul Russian Roulette.

Siti bagaimananapun memberitahu dia tidak menciplak lagu tersebut sebaliknya menjadikan lagu daripada penyanyi popular itu sebagai inspirasi.

Mungkin juga rentak dan bunyi kelihatan sama namum berbeza dari segi melodinya. Bukan meniru tetapi sebagai inspirasi.” Ujar Siti

Bercerita lebih lanjut, Siti memberitahu single barunya ini memgisahkan tentang pahit manis ketika dia menjaga suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa yang mengalami kemalangan motosikal ketika di New Zealand dua tahun lalu.

Single ini juga nanti akan dimuatkan di dalam album barunya yang akan dilancarkan pada April nanti.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments