Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Nikah 8 Mac

puteri sarah dan syamsul yusuf nikah

Tahniah buat pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kerana akan bernikah pada 8 Mac ini. Berita gembira ini disahkan oleh Datin Patimah Ismail, ibu Syamsul menerusi sebuah laman portal berita.

Ujar Patimah, majlis mereka  itu akan berlangsung di Masjid Sri Damansara pada jam 10 pagi. Belah malamnya pula, mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi oleh pihak perempuan yang bertemakan Islamic Arabian Night di Pusat Konvensyen Setia City.

Tema itu dipilih kerana Syamsul berhajat ingin memakai jubah pada hari tersebut dan berharap majlis mereka itu nanti akan berjalan lancar.

Bagi ayah Syamsul pula iaitu Datuk Yusof Haslam, dia menyerahkan segala urusan itu kepada isterinya dan semestinya mengharapkan yang terbaik buat mereka.

Majlis resepsi  belah lelaki pula akan diadakan di Dewan Perdana Felda, pada 18 April jam 8 malam. Majlis resepsi itu juga akan turut sama meraikan adik Syamsul, iaitu Syafiq dan pasangan Aiesyah yang akan berkahwin pada 5 April ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments