The Lego Movie Dari Kisah Permainan Kanak-Kanak

 

The Lego Movie

Satu lagi filem menarik untuk ditonton dari Warner Bros Pictures, The Lego yang diangkat daripada permainan kanak-kanak yang begitu popular.

Filem ini merupakan arahan Phil Lord dan Chris Miller. Filem ini berkisar tentang tempat pembinaan.

Kisah Emmet, iaitu satu patung mini Lego terlibat dalam kes salah identiti. Emmet dikenali sebagai patung yang luar biasa dan merupakan kunci untuk menyelamatkan dunia. Dia kemudian direkrut ke dalam kumpulan orang yang tidak dikenali ketika dalam perjalanan menghentikan orang yang zalim.

Bagaimanapun, Emmet tidak mempunyai persediaan dalam perjalanannya itu dan menjadikannya tiada harapan.

Filem ini turut menampilkan watak seperti Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Woman malah turut juga memaparkan watak William Shakespeare dan Abraham Lincoln.

Filem ini kelihatan begitu real walaupun sekadar animasi dan turut dibantu dengan Imej Janaan Komputer ( CGI )

The Lego menampilkan suara pelakon seperti , Channing Tatum, Elizabeth Banks, Morgan Freeman, Alison Brie, Will Ferrell, Chris Pratt dan Will Arnett.

Pelbagai perkara yang terjadi kepada mereka. Apa kesudahan cerita ini? Jom tonton di pawagam berdekatan anda yang semestinya sesuai ditonton seisi keluarga.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments