The Monkey King Lakonan Hebat Donnie Yen

the monkey king 2014

Bagi anda yang meminati pelakon hebat seperti Donnie Yen, Chow Yun-Fat dan lain-lain jangan lupa untuk menyaksikan filem terbaru The Monkey King.

Selain Donnie Yen dan Chow Yun-Fat, filem ini turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Aaron Kwok dan turut dijayakan oleh Peter Ho, Kelly Chen, Joe Chen, Zhang Zilin, dan Gigi Leung.

Filem ini mengisahkan tentang Sun Wukong ( The Monkey King ) yang merupakan seekor monyet yang dilahirkan di batu syurga dan mempunyai kuasa ajaib.

Selepas Sun Wukong dipenjarakan selama 500tahun dalam hutan, Sun Wukong menemani sami Xuanzhang ke India. Dalam perjalanan mereka ke India, pelbagai perkara dan kesukaran telah dihadapi dan telah berlawan dengan tentera syaitan dan tentera tuhan untuk ke syurga.

Donnie Yen yang memegang watak utama turut menunjukkan bakat dengan menjadi pengarah bagi beberapa babak aksi .Jadi  tidak hairanlah jika dilihat, beberapa aksi yang dipersembahkan kelihatan cukup mantap. Malah lakonan Donnie Yen, Chow Yun-Fat dan Aaron Kwok cukup baik sehingga kita dapat melihat dan merasai emosi suka duka dalam filem ini.

Bagi anda yang menanti filem ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya di pawagam berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments