Ali Mamak Meninggal Dunia

ali mamak

Salam takziah buat keluarga pelawak terkenal 80an , Datuk Ali Mamak yang telah pun meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Allahyarham atau nama sebenar Osman Jantan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ) kerana kanser tahap kedua.

Allayarham adalah anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Allahyarham sudah mula terlibat dengan dunia seni selama 25tahun dan pernah dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM ) dari Kerajan Negeri Melaka ( 2008 ) yang membawa gelaran Datuk.

Berita sedih ini disampaikan oleh anak lelakinya Shahrul Nizam melalui akaun facebook miliknya.

Jenazah akan dikebumikan di Hulu Langat sebelum zohor. Al Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments