Anugerah Terindah Sari Yanti Dan Fezrul Khan

drama anugerah terindah

Sebuah drama baru yang diarahkan oleh pengarah, Khairul Amri Haji Khalid ( Keoi ) berjudul “ Anugerah Terindah “ kini mula bersiaran di slot Samarinda TV3 yang bermula pada 13 Mac, Jam 10.00 malam setiap hari Rabu dan Khamis.

Drama siri terbitan Suhan Movie menampilkan pelakon hebat seperti Sari Yanti, Fezrul Khan, Syafiq Kyle, Aida Jebat, Liza Shadan, Dian P.Ramlee, Alif Hadi, Heri Aszmo, Adrina, Omar Abdullah dan ramai lagi.

Drama ini mendapat sentuhan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan Eja Lorena yang ditanyangkan sebanyak 15 episod.

Anugerah Terindah mengisahkan tentang Amar ( Fezrul Khan ) mempunyai sikap dingin dan hanya mementingkan kerjaya sahaja. Amar tidak mempercayai wanita selepas gagal dalam membina rumahtangga.

Ini berbeza dengan Amir ( Syafiq Kyle ) adik kepada Amar yang mesra dan selalu keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Mereka sering bertikam lidah. Ini membuatkan Dato’ Rahman ( Omar Abdullah ) ayah mereka cuba menasihati mereka beruda supaya berbaik-baik. Namun Amar dan Amir tidak mempedulikannya.

Dato’ Rahman juga mempunyai seorang setiausaha, Riana ( Sari Yanti ). Namun Amar tidak menyukai Riana. Amar sering mencari kesalahan Riana. Walaupun tidak disukai Amar, Riana tetap baik terhadap keluarga Dato’ Rahman dan terus bersabar dengan sikap Amar itu.

Amir pula mengambil kesempatan menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang dijual oleh seorang ahli perniagaan. Dato’ Rahman akhirnya bersetuju membeli syarikat tersebut.

Namun, selepas membeli syarikat itu, mereka mendapat tahu bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit akibat hutang syarikat sebelum itu. Akibatnya Dato’ Rahman diserang sakit jantung.

Riana mula menjaga Dato’ Rahman dan anak kecil bernama Rita. Rita merupakan anak kedua Dato’ Rahman bersama isteri keduanya yang baru sahaja meninggak dunia.

anugerah terindah - samarinda tv3

Amar begitu terkejut apabila mengetahui ayahnya mempunyai isteri kedua. Akibatnya Amar tidak berpuas hati.

Amar bertambah marah apabila Dato’ Rahman meminta Riana tinggal bersama mereka untuk menjaga Rita. Namun dalam diam Amar cemburu melihat kemesraan Dato’ Rahman, Riana, Amir dan Rita.

Di pejabat, Amar berasa sunyi sepi. Amir pula cuba berpura-pura memikat Riana. Terbit rasa cemburu di dalam hati Amar.

Kemudian, muncul pula Normah ( Liza Shadan ) sahabat baik Dato’ Rahman dan arwah isteri pertama. Kemunculan Normah sebenarnya adalah untuk menguasai kemewahan yang ada pada Dato “ Rahman. Normah meminta anaknya Zara ( Adrina ) menggoda Amar.

Riana kemudian jatuh sakit sehingga menyebabkan Amir menjadi tidak senang hati. Malah begitu juga dengan Amar. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir menyuapkan makanan pada Riana. Itu membuatkan Amar rasa tiada harapan untuk dia bersama Riana.

Pelbagai perkara yang terjadi selepas itu. Berjayakan Zara memikat Amar? Bagaimanapula dengan Amir, adakah dia benar-benar menyintai Riana? Siapakah sebenarnya yang Riana cintai?

Untuk mengetahui apakah yang berlaku, jangan lupa saksikan drama siri menarik ini setiap hari Rabu dan Khamis di TV3 jam 10.00 malam.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments