Bienda Hamil Anak Kedua

bienda hamil anak ke duaTahniah buat penyanyi Bienda yang juga kini penyampai radio sambilan KLFM apabila dia memberitahu dia sedang hamil anak kedua.

Jelas terpacar kegembiraan Bienda. berita kehamilan ini disahkan ketika Bienda bercuti bersama suami dan keluarga mertuanya di Pulau Perhentian, Terengganu.

Ujar Bienda, sudah lama dia merancang untuk bercuti dan menyelam bagi melihat keindahan terumbu karang. Namun, dua minggu sebelum itu, dia mengalami muntah yang teruk.  Kemudian suaminya membuat ujian kehamilan dan melihat keputusan yang positif.  Dan disahkan hamil dua bulan selepas berjumpa doktor.

Dan disebabkan itu, Bienda tidak dapat meneruskan aktiviti menyelam dan hanya dapat menikmati keindahan Pulau Perhentian. Namun Bienda tidak kecewa kerana baginya kandungan itu lebih penting. – sumber harian metro

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments