Bob Nowseeheart Meninggal Dunia

bob nowseeheart meninggal dunia

Al Fatihah dan salam takziah dari Hyebro buat keluarga Allahyarham Firdaus Baharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Nowseeheart telah meninggal dunia pada malam tadi jam 12 :04 tengah malam di Hospital Selayang kerana sakit jantung.

Bob yang berada dala keadaan koma petang semalam mengalami masalah jantung yang sangat lemah dan banyak air dalam badan.

Bob merupakan bekas kumpulan Nowseeheart dimana pada awal tahun 2013,  Bob mengundurkan diri dari kumpulan nasyid itu atas alasan kerja dan juga masalah kesihatan.

Pengunduran Bob mengejutkan ahli dan sahabat yang lain kerana jika dahulu kumpulan Nowseeheart dianggotai oleh enam orang, kini hanya tinggal empat sahaja yang masih terus aktif.

Berita kematian Allahyarham disampaikan melalui facebook Nowseeheart

Al Fatihah. Sahabat kami Firdaus@Bob NOWSEEHEART telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.04 tadi. Mohon doakan arwah ditempatkan dikalangan mereka yg soleh. Amin. – Nowseeheart

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments