Che Ta Cuti Berlakon Demi Kandungan

rozita che wan hamil

Jelas terpacar kegembiraan dan teruja buat Rozita Che Wan atas kehamilannya. Bagi Che Ta,  ada perasaan takut dalam diri untuk mengandung selepas 16 tahun yang lalu.

Bagaimanapun Che Ta masih belum membuat pemeriksaan di hospital. Katanya mungkin akan membuat pemeriksaan pada hujung bulan ini.

Mungkin juga Che Ta tidak menolak untuk berehat seketika dari lakonan yang akan bermula pada bulan April. Dia sanggup berkorban demi anaknya yang bakal dilahirkan nanti.

Ini juga merupakan permintaan Zain supaya Che Ta berehat seketika.  Namun akan tetap menguruskan butiknya itu, selain pengacara dalam rancangan Primadona seperti biasa.

Che Ta sangat berhati-hati menjaga kandungannya itu supaya berada dalam keadaan baik. Malah  memastikan mengambil makanan yang bernutrisi dan vitamin tambahan sebagai rutin makanan harian.

Jelas Che Ta, dia juga pasti kehadiran anak yang bakal dilahirkan ini nanti turut mengembirakan anaknya iaitu Aniq Ezzra, 16 dan Ammar Effendy, 18.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments