Dokumentari Swamp Brothers Di TV2

Dokumentari Swamp Brothers

Buat anda penggemar haiwan reptilia pastinya tidak sabar untuk menonton rancangan dokumentari “ Swamp Brothers “ yang akan menemui penonton pada 23 Mac setiap Ahad, di TV2 pada puluk 9.00 malam.

Dokumentari sebanyak 34 episod ini menampilkan Robert Keszey dan Stephen Keszey sebagai pengacara.

Episod permulaan akan mengisahkan perjalanan mereka ke selatan yang pernah dianggap sebagai tanah suram dan hanya sesuai dilalui haiwan seperti ular dan buaya. Kawasan tersebut berbahaya dan dianggap pelik.

Dua beradik ini memiliki personaliti yang berbeza dimana seorang pernah bekerja di bandar manakala seorang lagi merupakan pakar haiwan.

Kedua beradik ini tidak gentar dan takut meskipun pernah berdepan dengan ular sama, buaya, kucing liar dan beruang hitam.

Robert Keszey dan Stephen Keszey mengusahakan ladang Glades Herp di Florida yang merupakan tempat perlindungan dan pengedar eksotik reptilian terbesar.  Turut menempatkan Florida’s International Teaching Zoo.

Florida’s International Teaching Zoo di penuhi haiwan yang jarang ditemui daripada seluruh dunia dan sentiasa membawa haiwan yang berbeza setiap bulan.

Mereka juga begitu bersemangat menjaga haiwan yang berbahaya dan beracun. Mereka turut memastikan kebajikan haiwan ini terjaga. Malah turut juga bersedia menangani kes kecemasan di sana.

Bagi anda, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan menarik ini hanya di TV2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments