Drama Romantik Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor

drama-suamiku-jururawat-isteriku-doktor

Sebuah drama siri romantik komedi, Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor bakal disiarkan di TV bermula 15 Mac ini, jam 9.00 setiap hari sabtu. Drama itu merupakan kesinambungan telemovie cerekarama Suamiku Jururawat.

Drama ini menampilkan pelakon seperti Tomok, Yana Shamsudin, Sheera Iskandar, Fezrul Khan, Angeline Tan, Shima Anuar, Fadlan, Margaret Gan dan Mustafa Kamal.

Drama ini mengisahkan Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail pula meninggal dunia dalam kemalangan. Ketika itu menghadiri satu temuduga untuk menjadi seorang jururawat.

Sejak dari peristiwa itu, ayah Mikhail berharap Mikhail akan menjadi seorang jururawat suatu masa nanti.

Cita-cita Mikhail hampir berjaya apabila dia belajar di sebuah kolej kejururawatan. Namun hidup Mikhail berubah apabila ayahnya meninggal dunia selepas menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada samun.

Akibat dari itu, Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal kemudian meminta Mikhail tinggal di rumahnya kerana berasa terhutang budi dan sangat menyukai sifat Mikhail itu. Dalam masa sama juga, Datuk Shahrizal menyimpan hasrat untuk menjodohkan Mikhail dengan anak perempuannya, Dr. Suriati yang akan pulang ke tanah air.

Namun kedatangan Mikhail ke dalam rumah itu menyebabkan, Datin Ila, isteri Datuk Shahrizal berasa kurang selesa. Datin Ila merasakan Mikhail cuba merampas perhatian suaminya malah menganggap Mikhail cuba mengambil kesempatan atas kemewahan yang mereka miliki.

Dr.Suriati pulang ke tanah air bagi menyambung tugasnya di sebuah hospital. Dr.Suriati juga tidak menyukai Mikhail akibat diperngaruhi oleh ibunya.

Datuk Sharizal kemudian mahu anaknya itu berkahwin dengan Mikhail.Walaupun Dr.Suriati tidak bersetuju, namun dia tidak berani untuk mengingkari permintaan ayahnya itu.

Suatu hari Datuk Shahrizal jatuh sakit dan atas sebab itu, Dr Suriati akhirnya berkahwin dengan Mikhail. Namun mereka telah bersetuju untuk merahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan orang ramai.

Dr Suriati dan Mikhail ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Dr Suriati kemudian berjumpa semula dengan Dr. Fitri, kawan lamanya yang pernah menyimpan perasaaan padanya. Mikhail juga turut bertemu Timor yang menjalani latihan praktikal disitu. Masing-masing cuba mendampingi kawan lama mereka itu kerana masing-masing cuba untuk menimbulkan perasaan cemburu diantara mereka.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Dr Fitri sudah makin jatuh hati kepada Dr Suriati.Begitu juga Timor yang cuba merebut cinta Mikhail.

Pelbagai perkara terjadi dan apakah yang akan berlaku kepada hubungan mereka? Jom saksikan drama hasil karya Eyra Rahman dan penulis skrip Panel MIG yang akan disiarkan di TV3 bermula 15 Mac ini. Pastinya menarik untuk ditonton.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments