Drama Siri Kifarah Slot Zehra TV3

 

kifarah -drama slot zehra

Sebuah drama siri baru KIFARAH akan menggantikan drama Menjinak Ombak menerusi slot Zehra.

Drama ini akan bermula pada 7 Mac ini, setiap Jumaat jam 9.00 malam. Drama ini merupakan terbitan Luqsar Kreatif dan akan disiarkan sebanyak 8 episod.

Drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah  dan penulis skrip dari MF Kencana, Mama Bella dan Mahizan Husain.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini seperti Norman Hakim, Faezah Elai, Wan Maimunah, Mikael Andre, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Liza Shadan, Shakilla Khoriri, Liza Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Kazar, Syafie Naswip, Erin Malek, Hairi Safwan, Zila Bakarin, Idzham Ismail dan ramai lagi.

Beberapa episod akan ditayangkan dalam drama ini seperti Badi, Di Angin Lalu, Amanah, Duit, Bisikan Qarin, Kudrat Anak, Wifi Ada Tak? Dan Zakat Membawa Berkat.

drama siri KifarahBeberapa sinopsis episod  :

Badi ( 7 Mac 2014 )  – Mak Cik Rozi tidak membenarkan anaknya, Zara berkawan dengan Amelia kerana dikatakan Amelia mempunyai badi liat jodoh. Suatu hari, Zara dipukau dan telah dirogol. Kerana malu, mak cik Rozi merahsiakan perkara ini dari semua orang. Mak cik Rozi kemudian mengurung Zara kerana Zara sudah mengandung. Zara kemudian selamat melahirkan anak dan mak cik Rozi meletakkan bayi itu dibelakang kedai. Esoknya Amelia datang dan memberik kad undangan perkahwinanya dengan Haji Abas kepada mak cik Rozi. Mak cik Rozi terkejut apabila melihat Amelia sedang mendukung bayi yang dibuangnya dan juga tidak dapat menerima hakikat bahawa Amelia akan berkahwin dengan Haji Abas, lelaki yang disukainya.

Di Angin Lalu (14 Mac 2014) – Mengisahkan Rafiq membawa Nurin Tatiana, kekasihnya dan kedua ibu bapa Nurin iaitu Zareen dan Zakri berjumpa dengan Ema Tatiana, ibunya. Sebaik berjumpa, Zakri begitu terkejut kerana Ema adalah bekas kekasihnya. Zareen pula sudah faham kenapa suaminya dulu mahu meletakkan nama Tatiana dihujung nama nama anaknya itu. Zareen mula cemburu apabila melihat kemersraan Zakri dan Ema. Kerana takut kehilangan suami, Zareen dan Elina, rakan baiknya pergi berjumpa bomoh untuk menyihir Ema.

Amanah (21 Mac 2014) – Kamal dan Julia bercerai dan tidak mahu mengambil hak penjagaan anak mereka, Azlan. Azlan kemudian tinggal bersama, Johan iaitu pakciknya. Azlan kemudian mula berkawan dengan Shida yang merupakan anak jiran Johan. Shida pula mengambil kesempatan berkawan dengan Azlan. Tujuannya hanya untuk mengkaburi mata kedua ibu bapanya kerana Shida gemar keluar dengan budak-budak nakal. Suatu hari, ibu bapa Shida mendapat tahu Shida mengandung. Lalu tanpa usul periksa, bapa Shida telah membunuh Azlan.

Bagi anda yang ingin menonton dan mengetahui kisah seterusnya, jangan lupa saksikan KIFARAH, bermula 7 Mac ini setiap Jumaat di TV3 pada jam 9.00 malam. Penonton juga boleh menyaksikannya di www.tonton.com.my.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments