Ezlisa Loy Dapat 7A 2B Dalam SPM

ezlisa loy cemerlang spm

 

Tahniah buat pelakon Ezlisa Loy yang juga adik beradik kepada Elfira Loy yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ), 7A 2B.

Berita gembira ini disampaikan menerusi akaun Instagram Elfira Loy.

Bagi meraikan kejayaan ini, Ezlisa akan bersama keluarga akan keluar makan malam bersama.

Ujar Ezlisa, semasa tiba disekolah, dia terus berjumpa dengan cikgunya dan cikgunya mengucapkan tahniah atas keputusannya namun pada masa itu Ezlisa belum tahu akan keputusan. Sebaik mengambil keputusan, Ezlisa tuers kearah ibunya dan menunjukkan pada ibunya. Sebaik melihat, masing-masing menjerit dan berpelukan tanda gembira.

Ezlisa juga mengucapkan terima kasih kepada kakaknya Elfira Loy kerana banyak membantunya dalam pelajaran.

Ujarnya, dia sudah merancang untuk memperlahankan aktiviti lakonan dan mahu fokus kepada  pelajaran dan mencapai cita-cita menjadi doctor gigi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments