Hairi Anak Wayang Nikah 22 Mac

hairi anak wayang bakal nikahHairi Safwan, 26 yang merupakan pelajar program realiti TV Anak Wayang mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada 22 Mac ini bersama dengan seorang gadis Fara Afiza Azman, 24.

Ujar Hairi, majlis akad nikah itu akan diadakan di Masjid Kepala Batas Pulau Pinang, manakala majlis resepsi akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah pada 7 Jun nanti.

Hairi juga turut mempersiapkan diri dengan mempelajari ilmu agama dan tafsir al Quran kerana mengakui masih jahil.

Bercakap mengenai kekasihnya, Fara Afiza merupakan seorang guru sekolah rendah dan merupakan anak kepada Asma Saad, editor majalah Kuntum.

Hairi dan Fara Afiza memilih tema resepsi majlis perkahwinan mereka dengan mengadaptasi persembahan Mek Mulung sempena hari bahagianya itu.

Perlembangan terkini, Hairi akan terlibat dengan pementasan teater bangsawan, Badang yang diarahkan oleh M.Nasri Ayob sempena Siri Semarak Bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments