Hairi Anak Wayang Sah Bergelar Suami

hairi anak wayang sah bergelar suami

Tahniah buat Mohd Hairi Safwan Aznan yang telah pun selamat bergelar suami kepada Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz.

Hairi merupakan juara rancangan Anak Wayang musim pertama. Majlis pernikahan mereka disempurnakan oleh oleh Jamal Darus, Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk orang Islam Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hairi menyerahkan seutas gelang tangan bernilai RM3,000 sebagai mas kahwin dan hantaran sebanyak RM15,000.

Kedua pasangan ini mengenakan busana berwarna putih gading. Majlis ini berlangsung sekitar jam 10.30 pagi di Masjid Abdullah Fahim.

Pihak Hairi memberikan Sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sebelas dulang hantaran.

Majlis resepsi pula akan diadakan di Dewan Bandaraya Alor Setar, Kedah pada 7 Jun nanti.

Hairi turut melahirkan rasa syukurnya dan berharap rumah tangga yang dibina akan berkekalan selamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments